Pages

Sunday, January 9, 2011

Resepi Peribadi Ayam Golek


Kali ini entri resepi saya dalam bahasa Melayu. Saya pernah mempamer entri ini dalam 'note' facebook saya tahun lepas. LINK Kali ini saya ingin pula berkongsi resepi ini dengan teman bloggers sekalian.


Emm, resepi ini saya cipta selepas teringat satu ketika dahulu menikmati 'ayam golek chef ismail' di The Chicken Rice Shop. sedap memang sedap, dan rasa kembang dalam hati bila suami pun turut sama memuji..


'abang recommend masak macam ni kalau ada guest dari Malaysia datang nanti'


ahh.. alangkah berbunga-bunga dalam hati, rasa terubat hati yang frust sebab sebelum masak tadi peeler baru yang baru dibeli hari Sabtu lepas menggantikan peeler yang hilang, hilang lagi.. baru berhajat hendak mengupas kulit kentang dengan mudah. aneh, tak patut kan rasa frust dengan benda kecik, tapi, itulah hakikat diriku.. all small things matter to me.


selepas puas menggoogle dari internet dan menimbang serta membuat kira-kira dan sedikit ubahsuai, maka jadilah satu resepi ayam golek, tapi kali ini sengaja menggunakan batang lidi, tambah mewah rupa ayam golek.. kalau ada daun pisang buat lilit ayam ni mesti lagi best, tapi apakan daya, saya cuma guna apa yang ada.


bahan-bahan utama, ini berdasarkan yang baru sudah dimasak sebentar tadi, more or less. :P


ayam dalam 1/2 kg (boleh masak begitu sahaja, boleh potong2 kecil kepada 10 bahagian, atau potong besar sedikit dari saiz ayam yang digunakan untuk membuat sate)


bahan kisar

serai 2 batang

halia 1 inci

lengkuas 1 inci

kunyit serbuk 1 sudu kecil (lagi bagus kalau ada kunyit hidup, dalam 1/2 inci)

buah keras 1 biji

bawang putih 5 ulas

bawang besar 2 biji


cili kering yang sudah dikisar dalam 2 sudu makan

cili serbuk 1 sudu kecil

santan pekat 200ml (dalam satu mug, saya guna santan kotak)

garam dan gula secukup rasa

air asam jawa secukupnya


cara membuatnya..


1. pertama sekali blend halus bahan kisar dengan menggunakan blender, dan blend dengan air asam jawa yang sudah dicampur sedikit air. (alamak, ni takde sukatan, main tuang aje, agak-agak bahan kisar tidak terlalu cair)


2. tumis bahan yang dikisar bersama 2 sudu makan cili kering yang sudah dikisar hingga naik bau, dalam 3 minit dengan api sederhana besar, kemudian masukkan air asam jawa sedikit (agak-agak masamnya seperti dalam masak rendang) dan santan pekat. biarkan hingga mendidih. kemudian perasakan dengan sedikit garam dan gula. (kuah ini perlu dikacau dengan kerap agar santan tidak menggumpal)


3. sesudah mendidih, kecilkan api sedikit dan masukkan ayam yang sudah dibersihkan tadi, dan masak hingga ayam hampir masak. kalau masak terus pun boleh, separuh masak pun tiada masalah.


4. bila sudah masak, tutupkan api, dan biarkan sejuk sebentar. saya gunakan lidi sate, cucuk dengan lidi ayam yang baru masak tadi, kemudian bakar. tapi kalau bakar begitu sahaja pun boleh jugak.. :) saya bakar dalam oven yang sudah di 'pre heat' dalam suhu 280 degree dan api atas bawah selama 30 minit.


5. balik-balikkan ayam selepas 15 minit, supanya ayam itu betul-betul masak sekata, dan jangan lupa sapukan kuah ayam tadi ke atas ayam bakar setiap 10 minit, kalau tidak nanti ayam tu kering sangat! kalau mahu guna kaedah panggang atas bara, lagi saya syorkan.. baunya, lebih ummphh!


6. hidang dengan lebihan kuah.. sedap dimakan dengan nasi ayam, nasi putih pun boleh, yang pasti kalau makan panas-panas sedap... husband pun tambah, 'kalau ada nasi dagang ni, layannn..' :p


jika suka, boleh lilitkan daun pisang pada ayam sebelum bakar, pasti lagi sedap..

dan selamat mencuba kawan-kawan, dijamin two thumbs up!


(masih lagi berbunga-bunga dalam hati.. ^^)


p/s this is my Malay edition about one of Malaysian's favorite chicken's recipe, will do English version later for reference.. it's really tasty, and I really recommend friends from other countries to try it. well, there's always Google Translation, for those interested.


No comments: