Pages

Friday, February 24, 2012

Resepi Macaron 'Twisted Version'

Salam semua! Alhamdulillah menjadi juga macaron pertama saya, itupun selepas ada permintaan daripada adik ipar yang 'super manja dah jadi tunang orang' minta kakak ipar yang super comel ni 'akak belajar la buat macaron, nanti boleh ajar intan plak, pwesss'.. (^^)

Sebenarnya, dua tahun lepas saya dah pernah cuba membuat macaron, tapi macaron yang dihajatkan bertukar menjadi biskut rapuh, tak naik, takde kaki. Standard macaron yang bagus adalah bila permukaannya rapuh dan berkilat, bahagian tengahnya agak chewy, dan ada 'kaki'. Hasil pembacaan nampaknya tidaklah sesusah yang disangkakan, bahan jugak tidak banyak, tetapi teknik kena betul, barulah menjadi! (wajar juga la percubaan dulu tu agak meleper)

Kali ini saya ubah resepi sikit, percubaan untuk menggantikan bahan utama macaron iaitu tepung kacang badam dengan alternatif lain.

Dan hasilnya, tadaaa! Seperti dalan gambar! Menurut analisis pakar makan-makan, andai pewarna yang lebih terang digunakan pasti lebih menarik! Dan pastinya kalau menggunakan resepi asal iaitu menggunakan tepung badam pastilah rasa lebih enak berbanding menggunakan tepung beras.

Oklah jom. Saya nak berkongsi resepi saya, yang sudah diadaptasi dari resepi asli macaron.

Bahan-bahannya
100g tepung beras (rice flour)
4 biji putih telur (asingkan 1/4 putih telur)
50g gula icing
50g gula halus
1 sudu teh esen almond (kalau menggunakan tepung almond, esen ini boleh tidak digunakan ye, atau tukar kepada esen vanilla pun boleh juga!)
pewarna makanan
kertas pembakar (baking paper)
plastik ziplock (plastik tapau lauk saiz besar pun boleh jugak)

Cara membuatnya!

1. ayak tepung beras, dan gula icing sekali. Kemudian campurkan gula halus. Masukkan 1/4 putih telur, dan esen almond, serta pewarna yang anda sukai. Kacau sedikit bagi sebati.
2. preheat oven 200c, siapkan template macaron dengan melukis pada kertas beberapa bulatan menggunakan saiz yang anda suka. letakkan template di atas loyang yang lebar. (boleh download dan print dari internet: search, macaroon template)
3. pukul 3/4 putih telur dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi putih dan bertanduk.
4. dengan menggunakan spatula lebar (senduk yang lebar pun boleh), kaup balikkan sedikit demi sedikit putih telur ke dalam campuran tepung sehingga sebati. (Penting: cuba usahakan agar tidak terlalu banyak mengkaup balik putih telur, supaya gelembung udara dalam putih telur tidak banyak terlepas. Kalau boleh kurang dari 50 pergerakan)
5. masukkan adunan ke dalam plastik ziplock, dan zipkan (kalau menggunakan plastik biasa, pastikan sebelum mengikat plastik kesemua gelembung udara dikeluarkan dahulu).
6. gunting sedikit satu bucu plastik, dan dengan berhati-hati picitkan bermula dari bulatan luar ke dalam hingga penuh lukisan satu bulatan, dan semasa mengakhiri bulatan, berhenti memicit plastik dan tarik plastik ke atas, mengikut template pada kertas pembakar yang sudah dibuat tadi. (tekniknya seperti orang membuat frosting pada cupcake)
7. masukkan ke dalam oven, turunkan suhu kepada 180c, dan bakar selama 20minit. Selepas 20minit, ubah kedudukan loyang, dan bakar lagi 5minit supaya semua macaron masak sekata.
8. keluarkan loyang, dan macaron yang sudah masak sepatutnya boleh tanggal dengan mudah, tanpa banyak kerak pada kertas. Kalau macaron masih melekat, maknanya macaron belum siap, dan masukkan ke dalan oven lagi 5 minit. (prosedur ini kena perlu diperhatikan, kerana keupayaan setiap oven adalah berbeza-beza).
9. bila macaron sudah semuanya boleh ditanggalkan, maka biarkan dahulu sejuk sebelum disapukan inti.
10. untuk inti, saya gunakan jem strawberry, hihi. tapi kalau mahu gunakan coklat ganache pun takde masalah, guna nutella ke, peanut butter ke, masa ni la boleh bereksperimen dengan macam-macam rasa!

Oh ya, sudah tentulah macaron tepung beras ini rasanya seperti tepung beras, bukan macaron tepung badam ye..

Selamat bereksperimen!


No comments: