Pages

Thursday, December 30, 2010

Saya Sudah Okay, Tidak Marah Lagi

Semalam saya post entry tentang saya marah. Sudah tentu rasa marah masih terkesan, tetapi sekarang saya rasa tidak patut saya marah semalam. Mungkin juga hormon tidak stabil sekarang. Buat insan berkenaan, maafkanlah diri ini, kerana mudah terasa. Ternyata semalam dia punya sebab tersendiri kenapa tidak menjawab panggilan, lantas membuat saya terasa sedikit malu sendiri.

Saya sudah tenang sekarang. Selepas menulis semalam, saya telefon semula 10 minit kemudian. Dia ternyata ada hal lain pada saat saya cuba menghubungi dia.

*dengan pesanan, jangan pulak next time tak jawab, mesej pun tak berbalas'

Terasa letih hari ini. Apa yang saya telah lakukan hingga rasa letih? Selepas sarapan pagi, masak juadah 'Tom Yam Ayam' seperiuk besar untuk dibawa ke jamuan potluck suami di pejabat tengahari tadi. Kemudian menghabiskan masa 3 jam dengan tekun, hingga terlupa makan tengahari.. (sorry encik suami, tapi dinda makan pagi agak lewat jugak tadi), hanya untuk mengemaskinikan 16-muka Laporan Kewangan Tahun Berakhir 2010, huh.. pening kepala dengan banyak nombor dan membuat kira-kira. Belum sempat dicetak lagi untuk dibaca secara menyeluruh, kemudian lah.. Sekarang baru sudah menyiapkan hidangan makan malam ini, sayur campur dengan ikan pari goreng masak sambal (huh, sudah lama tidak masak sambal.. harap-harap masih menyengat lagi.. terasa seperti sudah tumpul skill memasak sambal)

Oh, pasti ada yang tertanya kenapa saya membuat laporan itu, walhal saya sekarang secara rasmi sedang bercuti dari tugas sebagai Guru Kaunseling. Saya diberi amanah menguruskan kira-kira Persatuan Wanita dan Isteri Pegawai Kementerian Luar Negeri. Ayat mudah, saya bukan duduk goyang kaki sahaja di rumah, seperti kebanyakan orang di Malaysia fikirkan, saya juga ada tanggungjawab lain selain menguruskan rumahtangga. Mungkin juga sudah menjadi lumrah, apabila isteri kepada pegawai dari Wisma Putra menyertai persatuan sedemikian di luar negara, pasti diberi amanah memegang jawatan, kerana Persatuan ini adalah di bawah naungan Kementerian Luar Negeri.

Kali ini entri saya dalam bahasa Melayu, kenapa ya? Mungkin ada unsur 'mengadu' maka saya gemar menggunakan bahasa kebangsaan. Oh, tabahlah diri!

Maka cukup itulah dulu entri kali ini.

No comments: