Pages

Monday, October 26, 2009

Hidup Di Perantauan

Kadang-kadang terasa lucu bila mengenangkan saat-saat masa duduk di Malaysia.. macamana lah kalau dapat hidup di negara orang, let's say, melancong ke.. tiba-tiba peluang besar macam ni datang dalam hidup, tinggal di negara orang, tambah pulak, negara empat musim. syukur alhamdulillah, si kecik pun selesa tinggal di sini, semakin hari semakin manja dengan mummy dan daddy.

Kalau dulu terpandang-pandang dalam tv, mesti best duduk luar negara.. rupanya bila dah lama duduk, Malaysia tetap di hati. Mula-mula sampai, memang hati berbisik, "mesti seronok..." bila dah rasa.. "sejuk...." kalau dekat Malaysia, sarung selipar pakai baju selapis dah boleh keluar rumah. Sekarang, bila nak keluar saja, kena siapkan macam-macam, kena bawa baju tebal, takut-takut suhu tiba-tiba drop. Kena pakai kasut, tak nak angin masuk. Umair kena siapkan baju tebal, kena bawa dalam beg, baju tukar, kena bawa stokin extra, kena bawa gloves, bawa vaselin. (agak banyak prosedur..) tapi yelah, hidup di negara orang, kenalah ikut budaya setempat. takkan pakai baju kurung.. menggigil satu badan.

Belgium, top famous must-have-before-leaving-for-malaysia is CHOCOLATE! yumm, sedapnya coklat belgium.. bagi yang sedang cuba berdiet, (seperti diriku), memang satu dugaan, apatah lagi kedai coklat pelbagai rasa banyak di sekitar kota mahupun dalam pekan kecil. yang pelik majoriti golongan orang belgium ni badan sederhana, dan ramai juga yang mempunyai potongan badan mungil bak model. Dalam hati, "ahh! cemburunya!" tiba=tiba datang semangat untuk berdiet. Walau apapun, diri ini masih mampu tersenyum bila daddy Umair usik.. "mummy ni makin hari makin cute! daddy sayang tau!".. lepastu akan merajuk balik, bila daddy umair bisik, "mummy kalau dapat pakai baju kahwin tu mesti mummy cun gilerr.." huh, cakap berlapik-lapik! cakap jelah nak mummy kurus balik.

Haaah.. dugaan, memang azam di sini salah satunya selain daripada mendidik Umair dengan penuh kasih sayang, ialah mengecilkan badan dengan sepenuh hati. mungkinkah?