Pages

Sunday, August 5, 2012

Dana: Kali Kedua Bermalam Di Hospital

Salam Ramadhan buat sekalian warga pelayar jaringan internet. Minggu ini banyak benar dugaan melanda, ujian demi ujian semenjak pulang ke tanahair. Namun ku cekalkan jua hati dengan senyuman, beserta bekalan kata semangat dari sang suami.

Saya baru sahaja mula bertugas awal Julai lalu, selepas menyambung cuti tanpa gaji lagi sebulan selepas melapor diri di Jabatan. Itu pun ada macam-macam peristiwa yang berlaku. Biarlah, kurang manis dicoretkan di sini. Sebulan saya bercuti, kebajikan anak-anak di bawah tanggungjawab saya sepenuhnya sewaktu siang hari, dengan malamnya dikongsi bersama suami. Tapi bermula pada minggu ketiga saya bercuti tambahan, saya mulai perlahan-lahan secara berperingkat menghantar anak-anak saya ke taska dengan harapan mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru bila saya sudah milai bertugas kelak.

Hari pertama saya menghantar anak-anak ke taska, memang terkait naluri keibuanku tatkala melihat anak terunaku memberontak enggan ditinggalkan, dan puteriku menjerit menangis. Sepuluh minit pertama luruh jua airmataku bila suara mereka masih jelas kedengaran. Lantas suami datang dengan harapan dapat memujuk, tetapi usaha kami tidak berjaya, hari pertama hanyalah sesi perkenalan sahaja. Hiba hatiku memandang putera puteriku menangis tersedu-sedu sepanjang perjalanan kembali ke rumah.

Tiga minggu kemudian, barulah anak-anak mulai menerima persekitaran baru, itu pun setelah dua minggu saya bertugas. Alhamdulillah.. Namin ujian datang lagi. Sebermula tarikh pertama mereka menjejak kaki ke taska, bermula lah rentetan peristiwa demam, batuk, selsema.. Kesian anak-anak mummy. Tiga kali kami bawa ke klinik kanak-kanak. Sekejap baik, lepas t tu mula balik.. Sampailah kali ketiga, antibiotik si abang berkesan, demam sudah tiada. Tapi si adik, demam aa pasang surut. Maka doktor klinik telah merujuk si adik ke hospital untuk siasatan lanjut..

Maka di Hospital Putrajaya la puteriku dirujuk. Pada hari itu saya sendiri sudah merasa kurang sihat, batuk dan sakit kepala, tetapi saya tetap perlu bekerja, dan masih wajib berpuasa. Kebetulan cuti suami diluluskan hari itu, kerana barang-barang kontena kami baru sahaja dihantar ke rumah hari Jumaat minggu sebelumnya. banyak kotak-kotak yg perlu dibuka dan dikemaskan. Maka saya serah pada suami akan urusan menghantar anak ke hospital.

Petang itu, iaitu hari Selasa lepas, suami maklumkan pada saya bahawa puteri kami perlu masuk wad. Allahu... Petang itu saya minta bantuan teman untuk menggantikan kelas saya sebelum say balik awal dengan kebenaran khas oleh pentadbir kerana menjaga anak. Saya perlu mengambil putera saya di taska untuk diserah pada jagaan suami.

Meluncur lah saya balik, singgah ke rumah dahulu packing baju Dana dan baju saya, barang2 mandi, diapers, charger hp, sebelum menuju ke taska. Sampai di taska, anak saya agak hairan kerana biasanya ayah dia yang ambil.

Tiba di hospital, saya terpaksa berlawan lidah dengan pengawal, dia enggan membenarkan saya naik bersma Umair ke ward. Habis tu pada siapa saya nak tinggalkan dia? Saya berkeras nak bawa juga dia naik, dan akhir usaha saya call suami supaya dia bercakap dengan pengawal itu. Kemudian pengawal itu mengiring saya naik ke wad, memastikan apa benar ada doktor yang nak bertemu anak saya.

Bila dia lihat saya sudah berada di kalangan kelompok doktor, agaknya dalam 'housemanship programme', pengawal itu terus beredar. Saya ambil alih tugas menjaga Dana, dan suami saya mengambil tugas menjaga Umair.

Selama lima hari kami tidak bersama.. Sangat rindu.. Lima malam saya tidur menemankan Dana di sebelahnya atas katil bayi, saiznya seperti katil baby standard, lebih kurang 1/4 katil queen size bed.. Huhu.. Terasa sungguh.. Kemudian bila berbuka sendirian, sahur sendirian... Hari kedua saya di hospital, saya demam. Saya dapat MC selama dua hari, atas masalah saya tidak sihat, agaknya dapat dari Dana.. Hari ketiga iaitu hari Jumaat, saya apply untuk cuti rehat khas, sehari.. Pada mulanya sekolah enggan kerana cuti saya hanya layak untuk 3 hari sahaja. Tapi saya berkeras takpelah walaupun hari Jumaat itu jam bertugas saya hanyalah 3 jam sahaja, saya redha. Lagipun saya baru sembuh demam, saya mahu rehat, dan saya perlu menjaga anak. Dua hari puasa saya bocor. Sebab saya tidak sihat, dan memberi kesan pada susu, dan saya perlu makan dan minum ubat ikut masa supaya cepat sembuh. Saya wajib kuat untuk anak!





No comments: