Pages

Tuesday, February 1, 2011

Long Live My MALAYSIA!


Dearest someone you know who you are, please, I wish to share this. I copy this from your notes in facebook. The words chosen really speak my mind to what happen now. I really honoured the writing, and I always respect the way of your thinking.


For all my love and support to my country, I wish to share this writing to all my blogger friends out there.. It's written in Malay.

.................................................................................



Saya menulis ini kerana saya sayangkan Malaysia.

Bukan niat menunjuk diri jauh sekali untuk mengeji.

Ini sekadar berkongsi rasa hati.


Dalam ratusan doa yang diutuskan kepada saudara-saudara kita di Mesir, memberontak hati ini tatkala membaca kiriman doa yang mahukan keadaan yang serupa berlaku di Malaysia.


Logik yang diberikan cukup gampang, Kerajaan Pak Najib sama seperti Kerajaan Pak Hosni Mubarak yang menindas rakyatnya justeru harus pantas ditumbangkan.


Apa benarkah begitu porak-perandanya Bumi Malaysia?


Malaysia bukan Mesir. Mesir juga bukan Malaysia.

Persamaan pasti ada namun perbezaan juga nyata.


Mentadbir negara tidak semudah bergebang di gelanggang politik.

Banyak nyawa perlu dipelihara dan banyak hati yang perlu dijaga.

Tidak ada satu aturan yang bisa memuaskan hati semua rakyat jelata.

Kecuali aturan yang Maha Kuasa.


Memang ini Fitrah dan Fikrah manusia. Berbeza pendapat dan tingkah dalam semua perkara.


Molek bagi saya,

Mungkin tempang pada saudara,

Mungkin pincang pada mereka.


Cukup bagi saya,

Mungkin kurang bagi saudara,

Mungkin berlebihan pada mereka.


Adil bagi saya,

Mungkin paksaan pada saudara,

Mungkin penganiayaan pada mereka.


Memang serakah duniawi kita tiada bertepi.

Namun hajat tidak pernah memperkenankan cara.

Jangan kerana ghairahkan kuasa, rakyat ditimpa malapetaka.

Marahkan nyamuk mengapa kelambu jadi mangsanya.


Saya jahil ilmu agama. Namun saya pasti. Pasti bahawa tidak ada satu agama pun didunia yang menganjurkan penganutnya mendoakan kemusnahan sesama penganutnya. Biar sejauhmana berbeza ideologi politiknya!


Semoga Malaysia sentiasa di dalam rahmatNYA.


DIGARHAYU Tanahairku!


SNAM,

Brussels, 1 Februari 2011



.................................................................................

I pray, O Allah, our Mighty Lord, Bless my country Malaysia and the people. Save our heart, save our soul. Let us live in peace and harmony. Amen.


Long Live My Country!

No comments: