Pages

Wednesday, December 29, 2010

Saya Rasa Marah

Saya rasa marah sangat, bila sudah berkali-kali cuba menghubungi satu nombor ini, tidak dijawab. Nombor siapa? Biarlah, orang itu tahu sendiri. Jangan salahkan saya kalau selama ini saya tidak rajin menelefon anda, atas sebab inilah saya malas untuk mendail nombor itu.

Saya masih marah. Mungkin kerana hormon yang tidak menentu, perasaan saya mudah tersentuh. Saya bimbang, anda jauh di sana. Saya harus mengambiltahu tentang anda, bukan melalui berita sahaja. Saya buat panggilan bukan dekat, saya berada jauh di sini, di Eropah. Kenapa enggan menjawab panggilan saya?

Saya kecil hati, dan saya masih juga marah. Selalu sangat perkara ini berlaku, hingga menyebabkan saya hilang minat untuk menghubungi secara kerap. Saya benci perasaan ini, memakan diri sungguh! Macamana hendak tenang?

Saya selalu menyuruh orang lain, Sabar, Tenang.. tapi sekarang saya tidak tenang! Saya masih marah! Kenapa kalau orang yang rapat dengan kita, kita sayang, bila dia buat benda-benda kecil yang kita tidak suka, kita cepat sangat melenting? Kenapa kalau orang lain, yang tak berapa penting, lakukan benda yang sama, walau berulang kali pun, kita tak terasa langsung?

Kalau tiada sebab penting untuk saya menghubungi orang itu, dia tak menjawab panggilan, mungkin saya tidak semarah ini. Tapi bila orang itu tahu, dia ada hal penting, dan saya juga ada hal penting, tapi enggan menjawab panggilan saya, wajar atau tidak saya rasa marah? Hampir 10 kali saya buat panggilan.. tapi apa yang saya terima, tiada jawapan.

Ah! Marah-marah pun tak guna, sakit hati, sakit rasa. Tapi dengan orang ini saya seharusnya tidak marah. Tidak wajar pun. Tapi saya masih jugak marah.

Astaghfirullah.. Ya Tuhan, beriku kesabaran..

Nanti saya cuba telefon lagi.

No comments: