Pages

Friday, November 6, 2009

Si Kecil Yang Sudah Pandai Berdiri

Senyum seketika, melihat lena si kecil.. entah apa yang bermain dalam fikirannya, entah apa mimpi yang sedang dialaminya.. ingin juga diri ini kalau dapat menjengah minda muda yang masih lagi suci dari noda.. sayangkah dia pada diri ini? cintakah dia pada diri ini.. lucu.. bila si ibu tertanya-tanya adakah sayang si kecil menggunung tinggi seperti sayang si ibu.

Umair sudah pandai belajar berjalan! Sejak usianya enam bulan, Umair baru belajar berdiri, dan sejak sembilan bulan, Umair sudah mula bertatih-tatih. Alangkah sukanya hati melihat si kecil bertatih-tatih, dari selangkah, bertambah tiga langkah, kemudian tujuh langkah.. kemudian enambelas langkah.. dan semalam, baru malam tadi, dua puluh tiga langkah! Kalau dulu mummy asyik menghitung berapa lama si kecil bertahan berdiri sendiri, kini menanti saat si kecil berlari. Betapa bahagia menjadi seorang ibu, keseronokan yang sukar digubah dengan kata-kata.

Lagi 3 minggu, genaplah usia Umair setahun. Cepat sungguh masa berlalu. Namun tidur masih lagi mahu dalam pelukan mummy.. Manjanya sayang mummy ni.. Masih lagi mahukan susu ibu, masih lagi mahu didukung.. Manjalah sayang, manjalah.. mummy tetap sayangkan Umair.. Mummy berdoa, kuat-kuat mummy doa, semoga Umair membesar menjadi anak yang soleh, anak yang baik, bijak, mendengar kata. Amin. Mummy ada surprise untuk Umair, tunggu lah tak lama lagi ye sayang..

Daddy Umair kerja sungguh-sungguh untuk sara kita sekeluarga. Hidup di perantauan memang banyak dugaan, dan kena bijak berkelana. Mummy sayang Umair, Daddy pun sayang Umair.. Walaupun mummy sedih sebab mummy tinggalkan kerja mummy di Malaysia, mummy tetap bersyukur sebab punya ruang untuk melihat Umair membesar di depan mata mummy, mummy jaga makan minum Umair.. mummy sayang sangat dekat Umair..

Tak lama lagi datuk, nenek dengan pakcu umair nak datang melawat kita dekat sini, seronoklah Umair nanti, ada ramai orang nak kelek nak dukung umair. Masa tu mesti umair dah pandai berjalan, dah pandai berlari.. yang indahnya, beberapa hari lepas tu Hari Lahir daddy.. dan ketika itu, musim bunga.. Masa tu, mummy akan buat something special untuk baby dan daddy.. Umair pun boleh tolong mummy sama!

Umair sayang, mummy ingin sayang tahu, dengan bangga mummy beritahu semua orang, "I AM PROUD OF YOU" dan mummy sayangkan Umair, buah hati mummy.

No comments: